Collajoint Plus Jan31

Tags

Related Posts

Share This

Collajoint Plus

Bila Sendi Kuat, Pergerakan Pun Ligat!

Collajoint Plus membekal permakanan tambahan Glucosamine, Chondroitin dan MSM untuk menggantikan dan memperkayakan nutrien di dalam badan. Ia memberikan kesan positif untuk membina dan menguatkan struktur rawatan, melembabkan sendi (lubrication) dengan menambah fungsi kelicinan sendi dan seterusnya menjaga keanjalan dan kekenyalan pada sendi.

[eshop_addtocart id="34"]

SUMBER PEMAKANAN SEMULAJADI COLLAJOINT PLUS

Glucosamine – secara semulajadi badan menghasilkan glucosamine untuk memudahkan pergerakan sendi, menjaga fleksibiliti dan mobility. Glucosamine dikatagorikan sebagai makanan (terbitan amino dan sakarida ) dan ia bukan ubat. Ia banyak terdapat dalam cecair atau bendalir yang menjadi seolah-seolah pelincir kepada sendi-sendi untuk memudahkan dan melancarkan pergerakan.
Selain daripada bahagian cecair antara sendi, glucosamines juga banyak dalam tendon, ligament dan rawan. Glucosamine boleh diperolehi banyak dalam hidupan bercengkerang seperti ketam, tulang sotong dan udang.

Chondroitin –chondroitin adalah molekul protein yang secara semulajadi juga terdapat dalam badan. Ia adalah bahan utama pembinaan rawan, tisu penyambung dan tisu perantaraan yang menjaga kelancaran sendi tulang. Bagi pesakit osteoarthritis, chondroitin adalah pemakanan yang berkesan dan berpotensi menyembuhkan masalah tersebut. Chondroitin boleh dikatakan ‘absorber’ untuk rawan kerana ia menyerap cecair untuk menjaga keanjalan rawan semasa pergerakan sendi.

Ia juga digunakan sebagai makanan dan banyak diproses daripada rawan ikan bersaiz besar daripada laut dalam. Chondroitin juga mencegah daripada kemusnahan rawan dan dalam masa yang sama ia juga adalah komponen untuk menghasilkan rawan.

MSM ( Methylsulphonylmethane) – MSM ialah sejenis sulfur organic yang terdapat dalam badan sebagai mineral. MSM diambil sebagai supplement untuk membantu masalah arthritis dan masalah sendi. Selalunya MSM digunakan secara bergabung dengan glucosamine dan chondroitin kerana ia boleh menambah kesan glucosamine dan chondroitin dalam rawatan masalah sendi.

MSM banyak digunakan sebagai makanan untuk membantu merawat masalah kereputan tulang atau osteoporosis, alergik dan masalah pundi kencing. Ia mudah diperolehi dalam sumber daging, susu, ikan, sayuran dan buah-buahan.

Collagen – adalah bahan utama yang membentuk tisu-tisu perantaraan pada kulit, rawan, ligament, tendon. Pengambilan sebagai makanan tambahan boleh meningkatkan kekuatan struktur sendi, tulang, rawan, tendon dan kulit. Ia membantu menganjalkan tisu-tisu tersebut untuk memudahkan dan melancarkan pergerakan.
Badan manusia secara semulajadi menghasilkan kolagen. Apabila usia mula meningkat iaitu seawal 26 tahun, penghasilan oleh badan mula berkurangan. Oleh itu badan mesti memperolehi kolagen daripada sumber luar iaitu pemakanan.

Dalam industry pemakanan, collagen diproses daripada sumber ikan laut dalam. Bahagian yang selalu banyak kolagen adalah di kulit, sirip, sisek dan tulang.

Saranan pengambilan Collajoint Plus
2 pagi dan 2 malam.
Minum air sekurangnya 8 gelas sehari